Tuesday 8 May 2012

Isu Semasa 11: Bersih 3.0 28 April 2012. Pasca Selepas Demonstrasi. Apa Kesudahannya?



Bersih 3.0 pada 28 April 2012 telah pun berlalu. Macam-macam cerita & laporan berita yang keluar. Pelbagai gambar perhimpunan Bersih 3.0 yang disiarkan. Ratusan koleksi video Bersih 3.0 telah juga dikongsikan kepada umum di Youtube. Sekarang ini kita semua memasuki pasca selepas demonstrasi & perhimpunan Bersih 2012 (3.0).

Yang hendak diketahui sekarang ini apa kesudahan dan implikasi yang diperolehi & penambaikan yang boleh dilaksanakan selepas demonstrasi ini?

Sekali lagi dunia memerhatikan Malaysia selepas edisi Bersih 2.0 apabila kalangan pemerhati Pilihanraya di Malaysia dari luar telah menyaksikan perhimpunan Bersih 3.0 kali ini :

“Malaysia is facing a political crisis. Its government appears to have lost electoral legitimacy and is facing its biggest challenge to holding on to power since independence half a century ago.”  

Prof Kingsbury is director, Centre for Citizenship, Development and Human Rights at Deakin University, Melbourne, and is coordinator of the Australian Friendship observer mission to the East Timor elections, as well as having been an accredited observer to elections in Indonesia and Cambodia. (Sumber : Malaysian Insider)


Sunday 22 April 2012

Isu Semasa 10: BERSIH 3.0 Sekadar Pancing Perhatian


ULASAN Pada 28 haribulan ini, seperti yang dilaporkan akan berlaku satu perhimpunan yang dinamakan perhimpunan BERSIH. BERSIH pertama dan kedua telah pun berlalu, dan kini muncul BERSIH ketiga.

Jalur Tiga (JATI) sebagai sebuah badan bukan kerajaan, sentiasa peka terhadap isu-isu ketelusan, kebebasan hak asasi, demokrasi dan lain-lain tuntutan yang biasa disuarakan oleh pelbagai pihak.

Namun, JATI bukan sekadar peka pada niat yang baik, tetapi juga pada cara yang baik dan pertimbangan nilai-nilai yang baik untuk menjustifikasikan sesuatu hasrat itu.

Pada JATI, ada isu-isu yang sebenarnya jauh lebih penting kerana isu-isu yang menjadi tumpuan JATI adalah perkara-perkara pokok sementara isu-isu yang dijadikan sandaran anjuran BERSIH merupakan perkara-perkara yang telah pun nampak usaha pembaikan dibuat oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

JATI mengalu-alukan sebarang usaha untuk menentukan sistem pilihan raya pada sebarang ketika dibuat secara adil dan saksama. Persoalannya, sudahkah usaha untuk memperbaiki sistem ini berlaku?

Pada JATI, pihak-pihak berkaitan telah pun menunjukkan kesungguhan untuk mempertimbang dan seterusnya menginstitusikan pelbagai cadangan yang telah dimajukan.

JATI berpendirian bahawa selain dari usaha BERSIH, banyak pihak-pihak lain yang telah memajukan pelbagai cadangan ke arah pembaikan sistem pilihan raya walaupun bukan secara kaedah nak mencari publisiti.

Isu Semasa 9: Penyokong BERSIH panaskan badan di Melaka


Kira-kira 30 penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka berhimpun di Dataran Pahlawan Mall hari ini sebagai tanda sokongan perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Perhimpunan yang dianggap sebagai Pra-Bersih 3.0 itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan "duduk bantah" yang dirancang di Kuala Lumpur minggu depan.

Menurut wakil kumpulan terbabit Philip Chua, perhimpunan itu diadakan juga bagi memberitahu orang ramai di Melaka yang tidak dapat bertolak ke Kuala Lumpur 28 April ini supaya dapat menyertainya di Dataran Pahlawan Mall sahaja.

Philip berkata, Dataran Pahlawan Mall dipilih kerana dibina di atas tapak padang Banda Hilir yang menjadi tempat bersejarah apabila Tuanku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan sebaik pulang dari London.

"Oleh sebab itu, orang-orang di Melaka sekali lagi akan berkumpul pada tarikh tersebut bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Penyokong dijemput memakai apa jenis pakaian berwarna kuning dan baju T Bersih 3.0 yang tidak diharamkan tahun ini amat dialu-alukan.


"Orang ramai boleh memakai topi atau topi kuning, membawa payung kuning atau memakai baju hujan kuning dengan tujuan membanjiri padang dengan suasana kuning," katanya.

Selain itu, mereka turut mengedarkan risalah mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 kepada orang ramai dan melekatkannya pada cermin kereta.

Turut hadir, ADUN kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Pada 28 April ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil akan dilangsungkan serentak di bandar besar di seluruh negara dan di seluruh dunia.


Isu Semasa 8: Rakyat Malaysia Di Serata Dunia Bangkit Untuk Duduk Bantah dan BERSIH 3.0


 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh rakyat untuk turun ke Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April bermula jam 2.00 petang bertempat di Dataran Merdeka.

“Perhimpunan ini amat penting bagi memastikan perjalanan pilihan raya ke-13 nanti benar-benar bersih dari sebarang penipuan,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, sejarah akan mencatatkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah solidariti rakyat yang mahukan amalan demokrasi benar-benar tertegak di negara ini.

Beliau bekata, rakyat tidak rela diperkotak-katikkan dengan pelbagai penipuan oleh kerajaan Umno BN.

Menurutnya, selama 55 tahun negara ini dirundung kemuraman dan kegelitaan kerana demokrasi yang mati.

“Sistem pilihanraya adalah penentu hidup dan mati demokrasi di negara ini. Sistem pilihanraya yang pincang akan memincangkan seluruh amalan demokrasi negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kebebasan berhimpun, bersuara, berpersatuan, berpolitik, dan lain-lain lagi tidak akan menjadi realiti sekiranya sistem pilihanraya di negara ini masih terkongkong dan dikawal rapi oleh parti pemerintah.

Beliau berkata, kekangan dalam sistem pilihanraya menandakan kerajaan BN tidak rela demokrasi tertegak sepenuhnya.

“Tindakan kerajaan BN berlunak dengan pelbagai pembaharuan adalah kosmetik semata-mata bagi mengabui mata rakyat untuk mendapatkan sokongan,” katanya lagi.

Menurut Riduan lagi, DPPM mengingatkan rakyat jika kehadiran rakyat kurang dari sasarannya, tidak akan ada pembaharuan dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan sistem pilihanraya di negara ini bersih dan adil.

Tambahnya, tuntutan Bersih 2.0 sebelum ini hanya dilayan dan dilaksanakan satu sahaja daripada lapan yang dituntut.

“Jawatankuasa Khas bagi penambah baikan sistem pilihanraya (PSC) pula adalah tempelan bagi menunjukkan seolah-olah kerajaan telah membuat perubahan yang hakikatnya hanya sedikit dari sekian banyak desakan pembaharuan dibuat,” katanya lagi.

Beliau berkata, pendedahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai kewujudan task force pemberian kad pengenalan palsu yang diketuai oleh beberapa kakitangan tinggi kerajaan mengesahkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan dan perlu disertai oleh semua rakyat di negara ini.

Justeru, ujarnya DPPM yakin, Bersih 3.0 sebagai usaha menghalang penipuantask force itu.

Beliau menambah, rakyat perlu bangkit menjadi hakim kepada pengkhianat negara yang sanggup menjual kedaulatan negara kepada warga asing.

Katanya lagi, DPPM menganggap Bersih 3.0 sebagai benteng dan harapan terakhir rakyat bagi mengekang ‘grand design’ penipuan terbesar BN dalam PRU13.

“Jika tidak rakyat terpaksa berdepan dengan ribuan pengundi luar negara yang diberikan kad pengenalan dan hak mengundi dalam pilihanraya kali ini,” ujarnya.

Tambahnya, tidak akan ada lagi ruang demokrasi di negara ini jika BN terus memerintah dengan sokongan daripada warga asing yang diberikan hak mengundi.

Friday 13 April 2012

Isu Semasa 7: 7 Tuntutan Bersih 3.0 Diterima


tuntutan BERSIH 3.0 Diterima!! Tujuh tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) untuk dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan untuk proses penambahbaikan Sistem Pilihan Raya Malaysia.


Berikut adalah antara tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam BERSIH 3.0 dan pembangkang.



TUNTUTAN BERSIH 3.0

1.      Bersihkan Senarai Undi
2.     Mereformasikan Undi Pos
3.     Gunakan Dakwat Kekal
4.     Akses Media Bebas & Adil
5.     Masa Kempen Minima 21 Hari
6.     Kukuhkan Institusi Awam
7.     Hentikan Rasuah
8.     Hentikan Politik Kotor

Hanya 1 tuntutan yang ditolak Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) iaitu tuntutan berkaitan masa berkempen yang dipanjangkan kepada minimum 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama dan memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun tempoh berkempen yang sebelum ini selama 7 hari telah dipanjangkan kepada 10 hari.


Menurut Pengerusi bersama BERSIH, Tan Sri A. Samad Said, pihaknya akan tetap meneruskan Himpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 untuk membantah keputusan PSC kerana hanya 7 Tuntutan BERSIH 3.0 Diterima, manakala 1 tuntutan ditolak.

Isu Semasa 6: Bersih 3.0 : Rakyat Malaysia Akan Diadakan Lagi Pada 28 April 2012 Ini? Setuju Atau Tidak?



Dalam Kumpulan Bersih Malaysia tampil sekali lagi dengan cuba meniupkan semboyan untuk menghidupkan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia tidak lama lagi. Dijangka perhimpunan Bersih 3.0  Malaysia kali ini bakal diadakan :

§  Tarikh :  28 April 2012
§  Hari : Sabtu
§  Lokasi : Dataran Merdeka


Dan berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang Perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar.  Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :

1.    Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0
2.    Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi
3.    Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil
4.    SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih
5.    PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi

Apa pandangan anda semboyan pertama melibatkan perancangan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia yang dijangka bakal diadakan pada hujung bulan ini?



Isu Semasa 5: Bersih 3.0 : Perhimpunan Bersih Diadakan Sekali Lagi. Wajar Atau Tidak?



Laporan berita setakat ini daripada MalaysiaInsider, Sasterawan Negara A. Samad Said dilantik menjadi Pengerusi Bersih ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) menggantikan Datuk S. Ambiga yang sebelum ini mengepelai perhimpunan Bersih 2.0.

Kalau semasa berlangsungnya Bersih 2.0, A. Samad Said adalah antara sama-sama dalam menggerakkan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011
Sempena Bersih 2.0 : Sajak A. Samad Said 

KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nurkilan;
A.Samad Said
Sasterawan Negara
Dan, laporan daripada Malaysiakini menyatakan Perhimpunan Bersih 3.0 berkemungkinan besar akan diadakan sekali lagi jika kerajaan dilihat tidak mempertimbangkan syor dan cadangan yang diberikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) seterusnya melaksanakan pembaharuan & reformasi pilihanraya umum di Malaysia.

Bersih : Senarai Penambaikan Dalam Proses Pilihanraya di Malaysia Berdasarkan 8 Tuntutan Bersih

1.     Bersihkan Senarai Undi
2.    Mereformasi Undi Pos
3.    Guna Dakwat Kekal (LULUS)
4.    Masa Kempen Minima 21 Hari
5.    Akses Media Yang Bebas & Adil
6.    Kukuhkan Institusi Awam
7.    Hentikan Rasuah Pilihanraya
8.    Hentikan Politik Kotor

Setakat ini daripada 8 tuntutan Bersih, hanya penggunaan dakwat kekal yang dipersetujui oleh kerajaan. Yang lain-lain, kerajaan masih belum memberikan “lampu hijau” lagi.
Daripada 8 tuntutan di atas, kami paling gemarkan cadangan nombor 5 iaitu “Akses Media Yang Bebas & Adil“. Berikanlah ruang kepada 2 pihak untuk menyampaikan hujah masing-masing. Dan akhirnya biarkan rakyat berfikir untuk menentukan mana yang baik, mana yang buruk.

Apatah lagi media kerajaan, contohnya RTM menggunakan wang pembayar cukai yang mana kalangan daripada mereka tidak semesti nya penyokong Barisan Nasional semata. Ada juga daripada Pakatan Rakyat dan ada juga yang berada di atas pagar. Jadi mereka mempunyai hak untuk mendengar pendapat daripada pelbagai pihak.

Berikan ruang untuk rakyat Malaysia untuk berfikir dan membuat keputusan yang terbaik buat mereka.

Walaubagaimanapun, bagi apa pendapat anda wajarkah diadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika tuntutan Bersih ini dipenuhi kerajaan? Perlukah sehingga diadakan perhimpunan itu sekali lagi?