Sunday 22 April 2012

Isu Semasa 10: BERSIH 3.0 Sekadar Pancing Perhatian


ULASAN Pada 28 haribulan ini, seperti yang dilaporkan akan berlaku satu perhimpunan yang dinamakan perhimpunan BERSIH. BERSIH pertama dan kedua telah pun berlalu, dan kini muncul BERSIH ketiga.

Jalur Tiga (JATI) sebagai sebuah badan bukan kerajaan, sentiasa peka terhadap isu-isu ketelusan, kebebasan hak asasi, demokrasi dan lain-lain tuntutan yang biasa disuarakan oleh pelbagai pihak.

Namun, JATI bukan sekadar peka pada niat yang baik, tetapi juga pada cara yang baik dan pertimbangan nilai-nilai yang baik untuk menjustifikasikan sesuatu hasrat itu.

Pada JATI, ada isu-isu yang sebenarnya jauh lebih penting kerana isu-isu yang menjadi tumpuan JATI adalah perkara-perkara pokok sementara isu-isu yang dijadikan sandaran anjuran BERSIH merupakan perkara-perkara yang telah pun nampak usaha pembaikan dibuat oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

JATI mengalu-alukan sebarang usaha untuk menentukan sistem pilihan raya pada sebarang ketika dibuat secara adil dan saksama. Persoalannya, sudahkah usaha untuk memperbaiki sistem ini berlaku?

Pada JATI, pihak-pihak berkaitan telah pun menunjukkan kesungguhan untuk mempertimbang dan seterusnya menginstitusikan pelbagai cadangan yang telah dimajukan.

JATI berpendirian bahawa selain dari usaha BERSIH, banyak pihak-pihak lain yang telah memajukan pelbagai cadangan ke arah pembaikan sistem pilihan raya walaupun bukan secara kaedah nak mencari publisiti.

No comments:

Post a Comment