Thursday 22 March 2012

Isu Semasa 3 : Pilihanraya Umum Ke 13 Diadakan Pada Jun 2012? Sudah Bersedia Rakyat Malaysia?


Bloomberg baru-baru ini menjangkakan pilihanraya umum 13 bakal diadakan pada 3 Jun 2012. Hebat….Bukan semua mampu menilik dengan tepat tarikh pilihanraya umum ke 13.

Berapa ramai yang terus “gagal” menjadi peramal tarikh pilihanraya yang tepat, baik penulis akhbar di Malaysia sehingga sehinggalah kalangan ahli politik termasuklah pembangkang sendiri, masih lagi gagal. Kerana…

Kerana di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang sesuai bagi kerajaannya, parti politiknya, survival politiknya dan juga mengambil kira iklim politik di Malaysia secara keseluruhannya. Itu adalah hakikatnya.

Tetapi yang pastinya pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan pada musim cuti sekolah bagi membolehkan pilihanraya dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seperti esidi pilihanraya umum 13 sebelum ini.

Seperti yang pernah kami kongsikan di laporan berita untuk tajuk Bursa Malaysia : Senaraian IPO    Felda Global Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini? Hati kuat kami mengatakan pilihanraya umum akan diadakan selepas 2 perkara di bawah ini selesai :

·         (Selesai)  Semakan semula Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) - Samada kakitangan awam berpuas hati atau tidak, pokok pangkalnya isu tersebut telah pun selesai dan telahpun terungkai pada 8 Mac 2012.
·    (Belum selesai) Senaraian Felda Global (FGVH) di Bursa Malaysia - Ha..yang ini kerajaan hanya menunggu masa sahaja. Sekitar bulan mei katanya.

Tarikh Pilihanraya Umum 13 Semakin Dekat?

Selepas kedua-dua isu ini telah selesai, bagi kami barulah pihak kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sudah boleh berkira-kira dan mencongak untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang paling ideal untuk mereka.

Sekarang ini pun kita sudah boleh melihat gandingan Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik  Perhimpuan Agung Umno tamat dahulu.


                                                      

Apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat. Ditambah dengan dengan pelbagai bantuan telah mula diagihkan kepada rakyat Malaysia termasuklah bantuan RM500 (BR1M), bantuan RM100, baucer buku RM200 & lain-lain lagi. Jadi sementara bantuan-bantuan yang diberikan masih lagi “panas”, kerajaan semestinya tidak mahu membiarkan kelangsungan tindakan tersebut tidak disertakan dengan mengadakan pilihanraya umum 13 secepat mungkin.

Petanda Pilihanraya Umum ke 13 Pada Jun 2012?

1. SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya & tarikh pilihanraya umum 13 akan menjadi semakin dekat, apabila satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.
2.  Masa terbaik untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 ialah pada cuti sekolah. Dan cuti sekolah yang akan datang adalah sekitar bulan Jun nanti
3. Bantuan tunai yang dijanjikan kepada rakyat dalam pembentangan bajet 2012 dijangka akan selesai tidak lama lagi
4.  Pemimpin negara sudah mula rancak turun berjumpa dengan rakyat jelata
5. Kemelut SBPA telah pun selesai dan membabitkan bukan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara
6. Pilihanraya umum hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013
7. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangja selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.


                                                         
Setelah anda meneliti setiap berita yang dilaporkan tidak kira media cetak, media elektronik mahupun daripada media sosial selama ini, bukalah ruang untuk anda anda sendiri bagi menentukan halatuju Malaysia untuk 5 tahun seterusnya.

Dan kesempatan ini juga kami ingin menjemput kalangan daripada pembaca Berita Semasa yang sudah cukup syarat, daftarlah sebagai pemilih untuk pilihanraya umum 13 yang akan datang.

Isu Semasa 2 : Bilakah Pilihanraya Umum ke 13 diadakan?


Sebelum ini banyak pakar pakar dan pemerhati politik Malaysia cuba meramal tentang tarikh keramat pilihan raya umum Malaysia ke 13, tetapi banyak yang tidak tepat.
                                 
Ramai diantara mereka meramal bahawa tarikh pilihan raya akan berlaku pada bulan 11 atau november 2011 ini, akan tetapi ia ia tidak tepat. Haji Najib Razak masih belum bersedia lagi untuk membubar parlimen pada tarikh tersebut.

Maka mereka yang meramal tarikh keramat ini mengatakan pula bahawa bulan 12 atau Dicember 2012 ini adalah tarikh yang pasti pilihan raya umum Malaysia kali yang ke 13 akan dijalankan dan Haji Najib Razak akan mengistiharkan ia tidak lama lagi, namun tetap keputusan itu hanya ada pada Haji Najib Razak sahaja.

Akan tetapi baru baru ini terdapat beberapa fakta yang mengatakan pilihan raya akan dijalankan pada awal suku tahun 2012, iaitu di antara bulan febuary 2012 dan April 2012. 




Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai. 

Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut. 

Isu Semasa 1 : Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat???


       Menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13, adakah anda semua sudah bersedia untuk keluar mengundi pada pilihanraya 2012 tahun ini? Pilihanraya 2012 pada kali ini adakah parti Barisan Nasional masih dikekalkan menjadi kerajaan atau akan digantikan oleh parti Pakatan Rakyat? Parti manakah yang akan menang dalam PRU ke 13 yang akan datang ini? Kuasa rakyat yang akan menentukannya.

Tuesday 13 March 2012

Pembentukan Pandangan Semesta Melayu


Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs that there is no separation between the spiritual and physical (or material) worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other animals ,plants, rocks, natural phenomena such as thunder, geographic features such as mountains or rivers, or other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh bomoh dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
“Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.”
Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T.
Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan mereka iaitu:
i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan.
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.
iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39).

Thursday 8 March 2012

Pengenalan


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.

Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.

Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.

ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.

iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.