Friday 13 April 2012

Isu Semasa 5: Bersih 3.0 : Perhimpunan Bersih Diadakan Sekali Lagi. Wajar Atau Tidak?



Laporan berita setakat ini daripada MalaysiaInsider, Sasterawan Negara A. Samad Said dilantik menjadi Pengerusi Bersih ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) menggantikan Datuk S. Ambiga yang sebelum ini mengepelai perhimpunan Bersih 2.0.

Kalau semasa berlangsungnya Bersih 2.0, A. Samad Said adalah antara sama-sama dalam menggerakkan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011
Sempena Bersih 2.0 : Sajak A. Samad Said 

KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nurkilan;
A.Samad Said
Sasterawan Negara
Dan, laporan daripada Malaysiakini menyatakan Perhimpunan Bersih 3.0 berkemungkinan besar akan diadakan sekali lagi jika kerajaan dilihat tidak mempertimbangkan syor dan cadangan yang diberikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) seterusnya melaksanakan pembaharuan & reformasi pilihanraya umum di Malaysia.

Bersih : Senarai Penambaikan Dalam Proses Pilihanraya di Malaysia Berdasarkan 8 Tuntutan Bersih

1.     Bersihkan Senarai Undi
2.    Mereformasi Undi Pos
3.    Guna Dakwat Kekal (LULUS)
4.    Masa Kempen Minima 21 Hari
5.    Akses Media Yang Bebas & Adil
6.    Kukuhkan Institusi Awam
7.    Hentikan Rasuah Pilihanraya
8.    Hentikan Politik Kotor

Setakat ini daripada 8 tuntutan Bersih, hanya penggunaan dakwat kekal yang dipersetujui oleh kerajaan. Yang lain-lain, kerajaan masih belum memberikan “lampu hijau” lagi.
Daripada 8 tuntutan di atas, kami paling gemarkan cadangan nombor 5 iaitu “Akses Media Yang Bebas & Adil“. Berikanlah ruang kepada 2 pihak untuk menyampaikan hujah masing-masing. Dan akhirnya biarkan rakyat berfikir untuk menentukan mana yang baik, mana yang buruk.

Apatah lagi media kerajaan, contohnya RTM menggunakan wang pembayar cukai yang mana kalangan daripada mereka tidak semesti nya penyokong Barisan Nasional semata. Ada juga daripada Pakatan Rakyat dan ada juga yang berada di atas pagar. Jadi mereka mempunyai hak untuk mendengar pendapat daripada pelbagai pihak.

Berikan ruang untuk rakyat Malaysia untuk berfikir dan membuat keputusan yang terbaik buat mereka.

Walaubagaimanapun, bagi apa pendapat anda wajarkah diadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika tuntutan Bersih ini dipenuhi kerajaan? Perlukah sehingga diadakan perhimpunan itu sekali lagi?

No comments:

Post a Comment