Bloomberg baru-baru
ini menjangkakan pilihanraya umum 13 bakal diadakan pada 3 Jun 2012.
Hebat….Bukan semua mampu menilik dengan tepat tarikh pilihanraya umum ke 13.
Berapa ramai yang
terus “gagal” menjadi peramal tarikh pilihanraya yang tepat, baik penulis
akhbar di Malaysia sehingga sehinggalah kalangan ahli politik termasuklah
pembangkang sendiri, masih lagi gagal. Kerana…
Kerana di Malaysia
hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh
pilihanraya umum 13 yang sesuai bagi kerajaannya, parti politiknya, survival
politiknya dan juga mengambil kira iklim politik di Malaysia secara
keseluruhannya. Itu adalah hakikatnya.
Tetapi yang pastinya
pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan pada musim cuti sekolah bagi membolehkan
pilihanraya dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seperti
esidi pilihanraya umum 13 sebelum ini.
Seperti yang pernah
kami kongsikan di laporan berita untuk tajuk Bursa Malaysia : Senaraian IPO
Felda Global Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini? Hati kuat kami mengatakan pilihanraya umum akan diadakan selepas 2
perkara di bawah ini selesai :
· (Selesai) Semakan semula Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam
(SBPA) - Samada kakitangan awam berpuas hati atau tidak, pokok pangkalnya
isu tersebut telah pun selesai dan telahpun terungkai pada 8 Mac 2012.
· (Belum selesai)
Senaraian Felda Global (FGVH) di Bursa Malaysia - Ha..yang ini kerajaan
hanya menunggu masa sahaja. Sekitar bulan mei katanya.
Tarikh Pilihanraya
Umum 13 Semakin Dekat?
Selepas kedua-dua
isu ini telah selesai, bagi kami barulah pihak kerajaan yang diketuai oleh
Datuk Seri Najib Razak sudah boleh berkira-kira dan mencongak untuk menentukan
tarikh pilihanraya umum 13 yang paling ideal untuk mereka.
Sekarang ini pun
kita sudah boleh melihat gandingan Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri
Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara
setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu
sidang akhbar sebaik Perhimpuan Agung Umno tamat dahulu.
Apatah lagi bila
pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu
rakyat. Ditambah dengan dengan pelbagai bantuan telah mula diagihkan
kepada rakyat Malaysia termasuklah
bantuan RM500 (BR1M), bantuan RM100, baucer buku RM200 & lain-lain
lagi. Jadi sementara bantuan-bantuan yang diberikan masih lagi “panas”,
kerajaan semestinya tidak mahu membiarkan kelangsungan tindakan tersebut tidak
disertakan dengan mengadakan pilihanraya umum 13 secepat mungkin.
Petanda Pilihanraya
Umum ke 13 Pada Jun 2012?
1. SPR sudah menjelajah
ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya &
tarikh pilihanraya umum 13 akan menjadi semakin dekat, apabila satu lagi
taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya
kelak.
2. Masa terbaik untuk
mengadakan pilihanraya umum ke 13 ialah pada cuti sekolah. Dan cuti sekolah
yang akan datang adalah sekitar bulan Jun nanti
3. Bantuan tunai yang
dijanjikan kepada rakyat dalam pembentangan bajet 2012 dijangka akan
selesai tidak lama lagi
4. Pemimpin negara
sudah mula rancak turun berjumpa dengan rakyat jelata
5. Kemelut SBPA telah
pun selesai dan membabitkan bukan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4
juta orang di seluruh negara
6. Pilihanraya umum
hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat
jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April
2013
7. Jawatankuasa Pilihan
Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya
dijangja selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.
Setelah anda
meneliti setiap berita yang dilaporkan tidak kira media cetak, media elektronik
mahupun daripada media sosial selama ini, bukalah ruang untuk anda anda sendiri
bagi menentukan halatuju Malaysia untuk 5 tahun seterusnya.
Dan kesempatan ini
juga kami ingin menjemput kalangan daripada pembaca Berita Semasa yang sudah
cukup syarat, daftarlah sebagai pemilih untuk pilihanraya umum 13 yang akan
datang.
No comments:
Post a Comment