Malaysia
merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang
berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada
tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai
sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka
perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini.
Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang
mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006)
dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu
adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun
ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam
kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah
bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.
Tamadun
Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan
konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat
konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang
sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain.
Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang
datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa
kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu
yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam
bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun
Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa
manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan
tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan
perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun
Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu
wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan
Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu,
dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah
bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan
agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.
Dalam
konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan
tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya
memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh
itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi
asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
i.
Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu
sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau
Semenanjung Tanah Melayu.
ii.
Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan
gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan
tanah air mereka.
iii.
Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment