Sebelum
kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut
Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses
religious beliefs that there is no separation between the spiritual and physical
(or material) worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also
in all other animals ,plants, rocks, natural phenomena such as thunder, geographic
features such as mountains or rivers, or other entities of the natural
environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh bomoh dan pawang
dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka
menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
“Dengan
kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih
formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan
keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang
dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara
agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan
dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan
semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui
karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi
daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita
dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian,
keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek
falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi
pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.”
Pada abad
ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik dengan
agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam.
Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran
Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan
yang teguh kepada Allah S.W.T.
Tamadun Melayu dibina adalah
berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan mereka iaitu:
i. Alam ini hasil ciptaan dan
tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam
akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan
di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia
ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. Islam adalah panduan dari Allah
sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia
untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib
dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan
Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan.
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik
bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di
dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah
keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah
dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang
islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk
meningkatkan maqamnya.
iv. Wawasan, objektif, niat,
strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui
segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian
terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah
jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan
segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan
berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan
keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu, pengatahuan,
maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah
sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu
terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39).
No comments:
Post a Comment